Thursday, March 18, 2021

Pengalaman bersalin normal waktu PKP 2021 (PART 2)

 PART 2


"Okay now kita nak keluarkan baby. Tapi kita perlukan awak punya semangat untuk push dia keluar. Okay?" kata doktor india yang baik tu.


Syira angguk lemah. 

Tengok kiri kanan, nurse n pelatih semua bercampur campur dah.


Tiap kali contraction datang, doktor cakap

"Ok tahan lagi tahan lagi. Goodddd very good. Yes you are doing so good. I dah boleh rasa kepala dia kat bawah.."


Terus dia ambik tangan Syira n biar Syira sendiri rasa kepala baby dah nak keluar. πŸ˜‚


"See, dia dah kat situ. You kena kuat lagi jangan berhenti bila sakit tu datang"


Tangan yang pegang handle tepi katil tu dah sakit sangat2 dah. Berbekas merah menggeletar habis sebab Syira pegang kuat sangat.


Then nurse kat belah kanan dok bisik..

'La ila haillah anta subhanakainnikuntum minazzoliminn"


Yang tepi dia,

'geram lagi kakak, gerammm lagii.'


Yang belah kiri pulak orang kedah,

'Teran lagi, teran lagi macam taik keras uh' dengan penuh semangat dan slang kedah.


Doctor pulak, "goood veryyyy goooddd pandai you sangat pandai"


Ya Allah dari tenaga yang dah tinggal 2% time tu nak tertutup je mata, dah xde daya nak angkat tangan pun tetiba datang kekuatan dari semangat dan dorongan dorang. Tambah2 doktor dok puji puji. Adeh rasa kuat balik la orang kata kita pandai. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Mata waktu tu dah tak tengok perut sendiri dah.

Asyik tengok doktor dgn nurse2 je.


Doktor cakap

"ehhh jangan tengok i, tengok perut u sendiri."

πŸ˜‚


Dah itu je cara Syira nak dapat kekuatan, tengok dia jela. Haha.


Ibu cakap time ni jugak dia tak henti2 buat solat hajat sebab risau sangat dah anak dia kat labour room nak dekat 11 jam tapi takda apa2 berita lagi.


Tetiba je dengar doktor cakap okay dah siappp.

Rupanya baby dah selamat keluar.

Terus dorang letak atas dada.


Dalam 10 saat dia atas dada, sempat nampak kepala dia lonjong macam bapak dia. Terus nurse bawak dia keluar.


Doktor cakap,

"Ok time ni u dah boleh rileks. Tak payah buat apa apa. Biar kami pulak buat keje. U rileks je."


Kata dia dengan lembut, manis betul dia nak tenangkan Syira. Rupanyaaa.. Dia nak seluk ambik uri pulak, pastu dia seluk keluarkan darah beku pulak.


Katanya senang utk elak apa2 masalah pantang nanti.


Dan paling speechless bila dia jahit kat bawah tu sambil dia sembang dgn praktical student dia. Dah setel jahit, baru dia cakap..


"Dah setel jahit. Saya bius ye kat kulit utk kurangkan sakit."


Ohhhhh rupanya dia jahit tadi tu tak berbius lagi ye. Zappp rasa sakit naik seluruh badan rasa berdiri bulu roma. πŸ˜‚ Bertuah ye doktor ni.


Setel semua.

Terus terlelap. Tertido sebab dah lali tahap teruk. Mungkin efek ubat tahan sakit dorang suntik kot. Sejam ttido atas katil tu, lepas tu baru ada nurse datang gerak n bagi air coklat panas n biskut.


Ya rabbi laparnya.

Dahla penat, lapar dahaga.

Last makan pukul 8 pagi tadi, roti 2 keping.

Mana tak lapar.


Lepas tu nurse pun tolak keluar ke wad asal.

Masa tolak tu, nampak suami tengah tunggu kat luar bilik.


Dia bawak biskut.

Nurse pun berhenti n explain kat suami apa yang perlu dibuat dgn uri n mana dorang letak baby semua.


Syira pun salam suami masa baring tu sambil tarik balang biskut kat tangan dia. Laparrrrr ye. 🀣


The end.


=====================================


++ teknik cepatkan bukaan yg nurse tu ajar macam ni. Baring ke kiri, kaki kiri luruskan, kaki kanan bengkok sikit. Tiap kali contraction datang, teran sambil tarik punggung ke belakang. Seolah kita bagi signal utk besarkan bukaan.


++ Syira banyak tengok video dari seorang youtuber ni n tak sangka rupanya apa yg dia alami, Syira pun alami. So, sangat2 membantu tambah2 part pernafasan time contraction tu. Boleh tengok sini


https://youtu.be/XLGoBFj2Pi0


Terima kasih Doc n Nurse Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Saya dah berpantang 2 minggu. Doakan saya cepat sihat dan saya doakan ibu2 yg bakal melahirkan dapat melahirkan dengan tenang dan sentiasa zikir.

Semoga semuanya tanpa jahitan dan dipermudahkan. Aminnn. πŸ₯°


Follow fb Syahira Nur ❤️

#KisahSyira

#SyiraKakyongCuckoo

Pengalaman bersalin normal waktu PKP 2021 (PART 1)

 "Saya pecahkan ketuban ye. Lepas 2 jam. Saya check bukaan."


Lepas 2 jam.


"Masih 5 cm. Kita masuk ubat ye untuk cepatkan proses bersalin",

kata doctor India perempuan yang baik. Syira pun aa okay.


Lepas masuk ubat.

Saat paling tak disangka. 

Contraction datang tiap 1 minit.

Ohhh ini rasanya contraction. 

Rasa rahim mengecut menggila dgn kadar kesakitan yang paling kuat.

Rasa nak patah segala tulang aku melentuk sakit


Bermula pukul 12.30 tengahari sampai pukul 5 petang. Contraction setiap 1 minit. Syira dah meraung. Mengeliat. Menangis tak keluar suara dah. Sakit teramat. Badan dah tak larat nak tahan sakit ni. Rasa nak mati. Tanya doktor


"Sampai bila saya kena tahan sakit ni. Czer jela doktor. Tak boleh tahan sakit dah ni"


"Sampai bukaan awak 10cm la. Sekarang masih 5cm. Sayang kalau czer. Baby awk denyut jantung ok. Awak ada bukaan. Awak taknak anak ramai ke? Kalau czer anak paling ramai pun 3 orang je."


Waktu tu dah tak dapat pikir apa dah.

Pikir nak mati je sebab dah terlalu lama tahan sakit.


Dalam hati nii geram je nak cakap.. 'doktor ni orang dah macam nak mati, dia pikir anak ramai pulak.'


Tenaga dah tinggal 10% je time ni.'

5 jam tahan sakit yg konsisten mai tiap 1 minit.

Kalau normal dia hilang kejap then datang balik tak terlalu kerap mcm ni kot rasanya.

Tak sure.

Sebab ni adalah induce ubat.

 'paksaan' bersalin memang jadi sgt sakit. 


Berpeluh peluh badan waktu tu.

Rasa nak suruh dorang kuatkan aircond je.


Pastu ttiba dengar Doktor cakap dgn geng dia

'book la czer incase czer'


Waktu tu dalam pukul 6.30 petang tak silap. Dorang rasa Syira macam dah tak boleh kot nak dapat 10 cm dah lama sangat. 

Then ada nurse tu ajar baring kiri n buat teknik ape tah tiap kali contraction datang.


Dalam nyawa nyawa ikan tu, buat jugaklah apa dia suruh sebab nak habiskan proses ni cepat. Dah lemah sangat dah badan ni.


Tetiba je tak sampai sejam, doktor check dah 9 cm. Fuhhh berpeluh satu badan, tetiba datang segerombolan nurse2 pompom girl dan doktor2 penuh satu labour room tu.

Dah ready untuk bersalin la ni kann..


Dalam trauma seharian menanggung sakitnya contraction setiap 1 minit dari pukul 12.30 tghari sampai 8 malam, adanya doctor yg baik dan nurse2 yg baik sekeliling Syira time ni, sangat2 membantu...


Ada yang baca ke ni? Nak Syira sambung lagi tak? Kalau ada, kita sambung sikit lagi.

Kalau rasa dah cukup, cukup sini je.

Pengalaman anak sulung, lahir time tak ready.

Awal 3 minggu dari jangkaan.

Saja sharing sebab rasa every moment sangat berharga pada Syira. 😭


#KisahSyira


Saturday, June 6, 2020

INCOME MEREKA YANG BERJAYA DARI USAHAWAN CUCKOO

Alhamdulillah, penutup untuk bulan Mei. Yang pakai baju kod hitam tu, komisen dia dapat bulan ni = RM14,500. (Personal sales incentive) + (group sales incentive) =RM6.5K + RM8K Walaupun musim pkp, dorang ni semua duk pulun income kepok2 πŸ”₯ Cuckoo ni bukan suka suka or just khayalan jer komisen puluh ribu tu. TAK. Kat sini, hampa buat, insyaAllah hampa dapat. Alhamdulillah abam ni dah berjaya bantu 8 orang agent dari team #BkSymEmpire hit 10 unit bulan ini dengan income RM4K. Total 100 units net bulan MEI😍 Nampak? Kita tolong orang lain untuk perbaiki income n kewangan masing masing. Saling tolong menolong. Jom la join dengan Syira, yang tak reti boleh ajar. Asal nak je. Fast action fast result! Another achiever dalam Cuckoo DANNY - RM23K income ZHAFRI - RM19K income Nak cuba dapatkan cemni? Bagi masa sebulan. Daftar dengan syira percuma wasap.my/601114951765/SayaNakTambahincome





KITA NAK BERJAYA UNTUK ORANG YANG TERSAYANG


Kita bekerja kuat bukan kerana diri sendiri, tapi kita ada orang lain yang kita sayang dan nak bagi yang terbaik untuk mereka. Seronok bila boleh beli oven kat ibu. Hepi bila adik adik dapat mainan. Lega bila tau ibu abah kat rumah sihat dan cukup semuanya. Buat saat ini. Tapi, tiap dari kita ada impian yang lagi besar kan? Jadikanlah orang orang yang tersayang ni PENYEBAB kalian nak jadi lebih baik lagi. Nak bagi manfaat pada keluarga dan jadi penyebab kebahagiaan dan kesenangan hidup orang lain, asbab dari apa yang kita ada. Kalau kita ada peluang perniagaan, beri pada orang lain. Kalau kita ada produk yg dapat bantu kesihatan orang lain, bagitau. Kalau kita ada ilmu yang orang lain mungkin tak tahu, share dan kongsi kongsi. Mungkin ada yang dah tahu, tapi lebih ramai yang tak tahu. Niatkan untuk berkongsi kerana Allah. Kalau kita ada petua, ada pengalaman yang orang lain takde, ada resepi yang sedap, ada kisah yang memberi pengajaran. Tulis. Share. Kongsi dan ceritalah pada masyarakat. Masyarakat kita perlukan lebih banyak pengajaran daripada kisah hiburan. Jom sama sama kita sebarkan manfaat dari apa saja yang kita ada. Lebih banyak kita beri, insyaAllah lebih banyak yang kita terima. Jadilah yang mencari ilmu dan terus memperbaiki diri. Nak ubah kewangan hidup? jom sama sama dengan syira. wasap.my/601114951765/NakJoinUsahawanCuckoo group - SyahiraNur Legacy




HIDUP KITA CUMA KITA JE PAHAM. BUKAN MAKCIK BAWANG.

Orang lain takkan faham perjalanan hidup kita sebab mereka tak duduk di 'kasut' kita. Betul? 🌿 Penat kita. Sakit kita. Makan kita. Tidur kita. Mereka tak tahu. Apa yang mereka tahu cuma apa yang kita tunjuk saja. Jadi, buatlah yang terbaik untuk diri kita, family kita dan masa depan kita. Cuma kita jer mampu tentukan keputusan mana yang baik dan mana yang buruk. Mungkin orang lain nampak kerugian, tapi kita nampak keuntungan yang besar. Semua bergantung pada matlamat dan keinginan seseorang tu. Jadi, tiap orang tak sama apa pandangan dia terhadap hidup. Ada orang nampak hidup yang sempurna adalah bila dia ada kerja tetap. Ada orang nampak hidup sempurna adalah bila dia dapat tengok anak membesar depan mata. Ada orang rasa hidup sempurna terbaik semua tu bila dia dapat hidup bebas dengan apa yang dia nak buat. Ada orang pulak suka kerja kilang even keje berjam jam. Tapi dia suka. Itulah yang dia buat even berbuih orang suruh dia cari keje lain. Tak sama kan? Apa pun, sama sama kita pinta pada Allah semoga ditunjukkan mana yang terbaik untuk diri kita & semoga kita sentiasa jadikan ketenangan, keberatan Allah dan kebahagiaan rumah tangga kita sebagai keutamaan daripada segala ya. Asal Allah redha. Suami redha. Ibu abah redha. Dan, yang penting... Kita hepi. Okay korang? ❤️ Love SyahiraNur



KELAM KABUT KALAU TAKDE STOK AIR MINUM DALAM RUMAH

Pernah tak kita alami keadaan kalut macam ni? . . . Kalut bukan sebab apa pun. Tapi kalut dok melayankan karenah anak-anak dan pening dok memikir apa nak dimasak untuk anak anak nanti. Duduk kat dapur lama² nanti, anak pula terbiar. Habis sepah RUMAH. 😭 Samai masa nak makan tu, kadang² sampai terlupa nak bancuh air. Aduhaiii, boleh jadi kecoh sekejap kat meja makan tu nanti. Anak pula minta air macam-macam. Nak air sejuk la. Nak air sirap laa. Ha, time ni mak kau nak jadi tarzan kejap. Ade pulak sorang tu main main nasi. Ehhh. Memang tarzan dah jadi hulk ye. πŸ˜‚πŸ€£ Mana taknya, dah seharian asyik main jer dalam rumah luar rumah, bila dah berhenti, memang haus la. Air dalam cerek pun sampai terlupa nak panaskan dek sibuk memasak dan sesekali melayan karenah anak. Botol air sejuk dalam peti ais pun dah kosong tak sempat nak top up. πŸ˜“ Bila sampai waktu makan. Yang si ayah nak air panas. Yang si anak nak air sejuk. Pastuuu, kalut lagi si ibu nak sediakan dedua jenis air. 😒 Nampak tak situasi yang kadang-kadang kita akui boleh atau pernah berlaku pada kita sendiri atau keluarga lain. ❤️ Bayangkan, kalau ada sebiji penapis air di setiap rumah termasuk rumah kita, alangkah mudahnya urusan si isteri tu untuk sediakan makanan dan minuman untuk seisi keluarga.😘 tak sempat nak bancuh air pun, masih boleh terus tekan di mesin. Pilih je nak suhu yang apa. Sejuk ke, panas ke ataupun air biasa.😍 Tambah pulak dengan pelbagai model design dan pilihan harga yang ada, kalian boleh pilih mana² yang bersesuaian dengan bajet dan pilihan kalian. 🌿 Sepanjang bulan ni, CUCKOO ada memperkenalkan kepada anda beberapa promosi terbaik untuk penapis air terutamanya XCEL, dengan harga serendah RM 79 sahaja yaaa. Sekiranya kalian berminat nak dapatkan atau nak buat pemasangan untuk kemudahan keluarga kat rumah, boleh terus klik link kat bawah yaa! ❤️ KLIK DIBAWAH: www.wasap.my/601114951765/SayaNakOrderXcel


JAGA DIRI KITA SEBAB ORANG TAK KISAH KALAU KITA SAKIT KE APA.

JAGA DIRI KITA SEBAB ORANG TAK KISAH KALAU KITA SAKIT KE APA.
.
.
Kadang bila pandang lelaki kat belakang tu, rasa macam tak percaya yang kita dah kawin dengan dia. Dalam kehidupan suami isteri ni, ada sisi baik ada buruk masing masing yang kita akan nampak, tapi betapa banyaknya kelemahan Syira, diterima baik dan dibimbing baik oleh suami syira ni.
Pompuan kan, dia selalu rasa perasaan dia betul, emosi dia betul. So tetiba syira rasa syira nak berhenti kerja waktu tu jugak. Sebab waktu tu dah stress sangat dah. Tambah tambah waktu tu sangat penat, sedih. Tapi alhamdulillah, nasib baik suami ni penyabar dalam menangani situasi ni. Dia explain kenapa tak boleh berhenti lagi sebab kita kena stabil dulu semua. Okay waktu tu dah tenang sikit. πŸ˜‚
Nak tau nape jadi cemtu?
Sebab minggu ni syira sangat penat.
Kerja ofis sangat banyak, sambil bisnes sambil buat kerja, tido pun dah tak betul dah. Selalu tido pukul 4 pagi. Bangun balik then keje balik. Badan syira pulak jenis senang sakit. Kejap kejap migrain, pening, muntah, sakit itu ini. So bila badan penat macam ni, dah 2 kali dah nak demam tapi alhamdulillah okay lagi.
Tapi hari ni, dia minta syira stop kejap bisnes. Stop kejap keje. Stop semua. Dia nak bawak syira tengok dunia dan release stress. Nak makan pun tak sempat so minggu ni asyik beli je. Dia kata kesian sangat. 😭 Tau takpeee. Dia nak syira tido je bila sampai rumah sebab tido tak cukup then syira nampak sangat lemah.
Baru terfikir syira tak jaga diri lately ni.
Pastu bila dah nak pitam baru rasa tersedar yang kita terlalu over-working. Alhamdulillah untuk nikmat dan nyawa yang masih ada. Nikmat suami. Nikmat kesihatan.
Terima kasih abang sebab sangat memahami diri dan kerja isterimu ni.
Appreciation post ni untuk suami, diri sendiri dan nasihat untuk semuaaaa orang agar jaga diri even macam mana banyak pun kerja kita, jaga diri. Lain orang lain kemampuan.
Kita lebih tahu diri kekuatan diri kita.
❤️
Just love yourself.
Sebab takkan ada orang kisah pun kalau kita pengsan ke sakit ke masuk hospital ke, yang penting keje siap. Kita yang kena jaga diri kita sendiri dan buat ikut kemampuan diri kita.
Love,
SyahiraNur


Tuesday, December 10, 2019

Pengalaman guna Penapis Udara Cuckoo- C Model

Legaaa sejak sejak pakai air purifier (penapis udara) dalam rumah ni, udara dalam rumah rasa makin segar. Habuk2 pun tak rasa dah bila tarik nafas.

Malam pun dah tak batuk2 sebab habuk.
Rumah syira tingkat 4.
So habuk tu memang terasa sangat.

Now, dah makin selesa nak tido punn. Tenkiuu Air Purifier C Model! ♥️ Leff sangat2!

Korang kalau rumah tepi2 jalan, ada anak selalu batuk2, asma, alah habuk, ada kucinnn, ada baby kecik. Elokk sangat pasang 1.
Recommended! πŸ‘

Harga pun tak mahal, berpatutan jer.
Rm75.47 sahaja sebulan selama 60 bulan.

Kalau nak order jugak untuk rumah, boleh wasep link bawah yee :

wasap.my/601114951765/NakAirPurifier

#ReviewBySyira
#AirPurifier
#4BulanDahGuna


Thursday, August 29, 2019

Devoted love.

Watching him back from work. Open door.
His face look so tired. I take his shirt and put in the basket.
He slowly walking through the bathroom. Clean himself.
I know he have a very long day. He smile but still quiet.
He stay quiet long in bathroom while watching videos in his phone.
His style. I won't say much. I let him be.

I go to kitchen, prepared for dinner.

Later, I see him go to bed and he started to play video games.
I smile. Let he rest and release the stress. Playing video games with his friends, watching he laughing, is my happiness.

Sometimes, I will go to my room just to hug & kiss him as I said I want to take my "supplement".
Love supplement. Recharge. Charging my batteries. Top-up my love. I love to do that.
Sometimes he will kiss me back while playing games.
I feel loved and good to start my work at kitchen back.

This is my life. This my full love I give.
That is what I dream of.
A husband that love me for who I am.
Knowing that I have someone that I can trust and turn to, is the best gift that I ever had in my entire life. Knowing him, marrying him, loving him, realized him is the person that I want to spend my life with, realized him is the one that love me for who I am and always wanted for me to be better and happier. Some times he will become quiet strict to control me, if not my overthinking will be worst.

He be with me through my anxiety attack, my overthinking.
And he will rationalize me back, and take me back to the 'ground'.
Because, once one person start her overthinking, started the anxiety,
everything is worried for her. She tend to worry and over analyze in everything.
So, this guy with logic and rational will slow me down.

That is the most thing I really wanted once I get down period like last time in last entry.
Where I can't see where I am now.

Sometimes, I feel so bless to have him so I buy cake and say I buy it because I love him.
Funny right. But only cake? Yeah, a slices of cake with strong remembance of him.
Even I don't have much money to give him PS4, or any gamer would love. But I don't have enough money, so I just can buy any cheap present or I can only show love in simple way.
I will always wanted to show him that I love him more than he loves me.

Sometimes, he go outstation for only 2 days, but my heart missing him like 10 years.
Knowing that you only have only 1 or 2 person in this world that really loves and care for you, is the way how Allah take care of you, by sending you a very good person around to take care of you, to be with you. To make sure you are not alone.

It so hard for someone to understand me and handle me, myself. But thank you my love for your patient and understanding.
May Allah grant you the highest level of Jannah.


I love you, Muhammad Amir
Let me be your wife, caring and taking care of you forever. 

<3 p="">

Monday, August 26, 2019

Overthinking & Anxiety. How it feels?

Again. It happen.

Aku tak pergi kerja sebab nak jumpa doktor gigi. Klinik pertama, buka pagi saja. Sedangkan aku ambil half day untuk pergi petang. Then, pergi klinik kedua. Setel. Gigi aku katanya kena cabut. I was asking for medicine as aku tak ready lagi nak cabut.

Balik rumah. Sejuk. Aku tidur sampai ke petang.
Malam tu, rasa sedih aku makin bertambah.

Aku masak nasi. Aku siapkan ayam goreng untuk buat ayam masak kicap. Jiwaku memang kosong. Aku pandang satu satu tempat tanpa jiwa. Aku dengar pintu rumah aku dibuka. Suami aku dah balik.

Aku pergi kat dia pelan pelan dan aku peluk dia, lama.
Lama, tanpa aku kata apa apa. Takde 'yey abang dah balik', takde 'siannya abang penat'
Aku just diam. Aku sedang cari semula diri aku yang hilang tadi.
Dia ulang kali tanya, kenapa? Ada apa apa nak bagitau? Cerita?
Aku suruh dia mandi dulu, tenangkan diri. Sebab dia masih penat baru balik kerja, naik tangga tingkat 4. Aku nampak muka dia penat, tapi dia sangat curious kenapa aku diam macam ni.

It so tenses. It makes me feel so empty.
Then, I told him. I feel down sangat rasa macam malu, sebab bila tengok orang lain ada sales and aku belum, buat aku rasa ketinggalan jauh & im not enough.
He said all of this is process. Just dont give up. Dato Vida, Dato Aliff Syukri. Semua tu adalah kisah orang berjaya yang aku sendiri selalu ulang ulang cerita pada dia. Tapi, bila jadi macam ni. Semua cerita motivasi orang berjaya, semua seolah hilang dari fikiran aku.

Then dia tanya, "Rezeki, siapa yang tentukan?" Berkali kali dia tanya. Baru aku bersuara, perlahan..
"Allah..."

Dia tanya lagi, imagine abang give up untuk dapatkan ayang dulu. Adakah abg akan kawin dengan ayg? Tak kan? Jangan give up.

Yer.. Perlahan aku jawab. Semua tu make sense but this feeling is more than putus asa in bisnes.
I about my soul, feel useless and no value infront of other.
Too much to explain.

Semalam, masa lewat malam sikit. aku tanya suami. How if aku tinggalkan dia?
Dia marah sangat. Kenapa sampai hati terfikir macam tu. Dia tak pernah terfikir untuk buat macam tu. Aku explain slo slo sebab dia marah sangat. Aku tak bermaksud nak tinggalkan dia betul betul. Aku just nak tahu, if aku hilang. Dia sudi cari tak. Dia akan rasa kehilangan tak. U know, I was searching for my value infront of people that said they love me. Macam dalam tv tu jer. Macam... lari kejap tepi pantai untuk 2,3 jam or 2,3 hari. Memang pengaruh tv.

But suami aku terkilan sangat sangat. Yes, dia memang patut marah pun aku. Sebab instead of fikir "oh siapalah yang sayang aku" , cubalah fikir "wah beruntungnya aku dapat suami macam dia" . He loves me despite of everything about me. My lowest point, my terrible weakness, my weirds question, my silly action, my anxiety, my overthinking.

He is right.
Lack of self worth and self esteem & also comparisons with other people, is killing us.
Itu yang aku dah buat. Aku patut fikir orang dah value aku. Dah ambil aku, dah jaga aku.
Apa lagi yang aku nak?

Aku just feel lost in bisnes sebab aku cepat mengantuk, cepat penat. Then, bila aku kerja. Masa yang aku kena simpan untuk rehat dan tidur, aku korbankan dan itu yang buat aku terkejar kejar and aku cuba give my all to this battle to do copywriting, ideas. Dan bila benda tu tak nampak hasil, i tend to beat myself. Maybe aku syok sendiri. Aku tengok orang lain boleh buat and buang segala alasan and aku should be like that. No more excuses. But when i got no sales. Aku memang rasa malu dengan diri sendiri at that point.

Aku part time bisnes online. And I see so many people accomplish many things. Sale dorang tinggi.
Apa mereka buat menjadi. It sound like aku tak bersyukur dan compare rezeki dengan orang lain kan?Yeah, but memang aku bisnes untuk family. Lama lama aku rasa terjerut bila usaha aku seolah takde hasil. Then, aku rasa useless. Meaningless to other people.
It feel so empty, so small infront of other people. I lost my words. Aku dah tak reti nak menulis di facebook. Aku dah tak mampu nak update status. Aku rasa semua orang tengah berlari meninggalkan aku dan aku sedang terkapai kapai semakin jauh dari semua orang. Aku rasa semua orang dah lupakan aku. Entah, kalau aku mati. Ada ke yang masih ingat aku?

Tell you what, aku anak sulung dari 6 adik beradik. It feels so low when you can give what you can give in certain small amount to parents yang cuma berniaga nasi lemak dan roti canai depan rumah dan masih sekolahkan 3 lagi anak kecil. I feels so responsible to them so when aku tak dapat bagi ape yang aku nak, i feel like a loser. I love them so damn much.

Sometimes, I feels so sorry, kesian to my husband. Sebab dia dapat wife yang macam aku.
I told him last night. Sometimes aku kesian. Then dia cakap, that is why he married me. Dia nak tahu semua tentang aku dan dia nak tolong aku bila ada masalah. Dia tak suka aku diam dan assume sendiri then pendam lepas tu sedih. What for? I just feel he deserve a normal lady to be beside him, cheerful, happy and pleasing all day. Aku memang karekter macam tu, i love to talks about small and silly things. but when it hit me when it come to my lowest point last night, i become so weak.


and from all of this, it happen because to much thinking of other people & feeling scared to not give the best to other people.

It feels worried to much. and that what should we fight.
Future is there, but what we should do is appreciate what we still have. and if feel useless. then, try to do thing that useful to other. start doing it. if not, we will trapped in our own world.





Saturday, October 10, 2015

TIADA HENTI, DIA.

Satu petang
.
Aku dikejut kan dengan --
.
1 kotak di isi kek secret recipe
1 dompet berwarna merah jambu kegilaan hati
&
1 kuntum bunga mawar .
Gila.
.
Bersungguh benar dia datang demi serah hadiah hari jadi. walau awal sehari. .
.
.
sejak 3 bulan yang lalu lagi dia menanti. demi 5 oktober sang gadis ini.
.
manusia apa lah sang pemberi ini.
.
tak tahu erti 'berhenti'.
.
dimarahi. dikasari. diberi amaran berkali kali.
.
sungguh orang sebegini taktahu erti berhenti atau menyerah diri.
.
sedang aku berkata, aku telah ada pilihan jiwa.
.
di tetap dengan azam pertama.
aku akan tetap berusaha.
.
sedang aku tunjuk keburukan diri sampai orang lain menyampah gila.
.
dia rasa rare sebab tak semua sanggup tunjuk sisi buruk pada dunia.
.
.
.
manusia apa dia?
hati macam mana dia?
20 mesej dihantar dia, 1 pun belum tentu aku balas semula.
.
.
kalau aku jadi dia. dah lama aku angkat kaki cari perempuan solehah kat luar sana.
.
.
.
.
aku selalu kata. aku takmau sapa sapa. tambah lagi bercinta. aku takmau berlibat dengan masa lama.
.
.
dia kata. sapa nak bercinta? aku kawan hang ja. tapi aku tetap nak berusaha. kan Allah kata sapa yg berusaha dia akan berjaya?
.
.
.
pening aku dengan manusia. apa dia tak tahu penat ka?




=========================



Tersedar,

Diatas adalah entry yang aku telah tulis 10 Oktober 2015 , 5.43 pagi.
5 hari lepas hari jadi aku.
yang tersimpan rapi dalam draft blog ini.

Apakah aku lupa ?
Siapa dia dulu pada aku ?

Ya, dia sekadar kawan biasa .
Biasa sehingga aku tak pernah lihat sisi baiknya
sisi bersungguhnya dia,
sisi keanak anakannya yang sebenarnya itulah menyempurnakan aku.

Dulu,
Ya, aku benar mahukan lelaki yang matang dan agak berumur dari umur aku.
Hingga Tuhan temukan aku dengan orang yg bertentangan dengan apa yang aku mahukan

Rupanya dialah,
Jodoh yang Allah tentukan.
Berjuta tahun dulu sebelum wujudnya semua ini.

Nama dia sebenarnya telah ada dengan nama aku,
Di Lohmahfuz.



Pengalaman bersalin normal waktu PKP 2021 (PART 2)

 PART 2 "Okay now kita nak keluarkan baby. Tapi kita perlukan awak punya semangat untuk push dia keluar. Okay?" kata doktor india ...