Saturday, January 24, 2015

Nota dari Sahabat

Tengahari itu, sewaktu aku berkejar kejaran untuk pulang ke rumah. Barang telah diturunkan. Aku bergegas naik ke tingkat  9 semula cuma dengan menaiki tangga kerana lif yang penuh dengan barang pelajar yang ingin pulang.

Aku berada di muka pintu, menunggu ahli rumah untuk aku bersalam untuk kali terakhir. Aku lihat kelibatmu, aku memanggil manggilmu. Namun, dikau sedang sibuk di telefon. Aku mengerti. Tidak bercakap panjang, aku bersalam dan kau terus memberitahu tentang nota di laptop aku. Nota dari kau kepada aku..

Malam itu, sampainya di rumah. Aku tidak sabar untuk membaca nota darimu. Laptop dibuka, sticky notes di desktop ditenung satu satu.. Lalu mataku tertancap pada satu nota darimu..

"khas untuk princess nur ku sayang
maafkan diri ni tidak dapat menjadi sahabat yang sempurna, yang baik buatmu..
sering kali, tiap masa, serba salah menyelubungi diri.. kerana engkau cukup baik untukku..
itu laa sebabnyaa aku sering meminta maaf berulang kali.. 
maafkan aku sahabat.. 
wahai sahabatku sayang..
engkau suka bertanya "adakah engkau wanita yang baik??"
Allah sungguh ketahuilah aku tidak tahu apa yang perlu ku jawab..kerana engkau cukup baik wahai syahira ku sayang..maaf sebab sering membuat mu menunggu tentang jawapan.. aku serba salah,. kerana pernah aku bertanya padamu soalan yang sama.. dan engkau menjawab sesuatu yang benar-benar mengembirakan hatiku.. alhamdulillah.. oleh itu,,, syahira ku sayang
maafkan diri ini kerana aku  tidak sepuitis dirimu.. tdak mmpu memberikan jawapan sebaik mu..
tapi ketahuilaa
engkau teramatlaa baik, dan penyabar, engkau teramat baikk aiyra.. engkau sahabat yang pling penyantun pernah ku jumpaa.. engkau sahabat yang sayang akan sahabatnyaa. 
yang sering membuat aku tersenyum kala aku berduka.. paling aku suka akan dirimu ialah engkau rela untuk berkorban demi mencari keredhaan Allah dan merapatkan silaturrahim sesama manusia, .. :)maafkan diri ini sering bersangka buruk pada dirimu..
syahira igt tak pernah aku bertegas supaya perilaku mu tidak perlu engkau ubah.. 
yaa mmg tidak diubah.. cuma sesuai kan lah dengan situasi.. :)
sungguh wahai syahira aku sebak saat engkau pergi..
sungguh aku benci dengan perpisahan..
manfaatkanlah cutimu.. igt aku dalam doamu.."


dan, aku menangis........

Tuesday, December 30, 2014

Dengarkan aku, Allah.

Tuhan,
maaf untuk segala ketidak-upayaanku
ketidak-sempurnaanku
kekhilafanku

lantas aku
melakukan sesuatu 
yang mendekati murkaMu
menyakiti hatiku
memberati pundak hambaMu yang lain

.....

Bukan Kau tidak tahu
apa yang aku laku

Bukan Kau tak tahu
apa yang aku pinta

Bukan Kau tidak nampak
segalanya yang telah tersusun di-sini

Kau bahkan tahu segala
Maka, Kau pujuk
pujuk aku dengan 
ayat ayat cinta
kalam keramat penuh indah

Kau berkata lagi,
"Jadikanlah sabar dan solat itu sebagai penolongmu"

Aku sabar. 
Mungkin salah aku. Semua ini.

Mengejar dan tercari cari
sedang cintaMu, 
aku tak amati sehebat ini.

Maafkan aku
Rabbi....
Maafkan aku
insani....

Friday, December 26, 2014

Nikmat dan Ujian

"Aa'isya, tengok ni. Orang baru beli baju. Bangunlah tengok.."

Fatin duduk ditepi katil sahabatnya. Digoyang goyang bahu sahabatnya yang baring membelakangi.

Lamunannya tersentak saat terasa bahunya disentuh. Hilang semua kenangan berterbangan pergi. Perlahan Aa'isya menyeka air di hujung kelopak mata dengan hujung jari yang sedari tadi hangat menitis.

Lama dia memejamkan mata. Mengambil nafas semula, sebelum dia bangun dengan wajah ceria mengadap sahabatnya, Fatin, fatin..

"Yer fatinku sayang, baju ape tu. Meh nak tengok." Senyumnya manis memandang sahabatnya itu. Dilihat dengan penuh pandangan kasih. Tersengih Fatin lalu menggayakan baju yang dibelinya di Aeon Big petang tadi di hadapan Aa'isya.

"Cantiknya, macam princess. Baju ni comel. Pink. Esya suka.."
Pujinya bagi menyenangkan hati sahabat. Makin bertambah senyum di bibir Fatin.

"Eh, Esya.. Awak okay tak ni? Kenapa mata bengkak.."
Soal Fatin kaget saat dia tersedar yang Esya seolah mengelak untuk bertentang mata dengannya.

Lantas Fatin duduk di sebelah Aa'isya dan menggenggam erat tangan sahabatnya. Wajahnya penuh tanda tanya.
Jarang dilihat wajah ceria itu seolah menyimpan seribu tangis. Tapi kenapa?

Aa'isya seorang gadis periang. Dia mudah merajuk, namun rajuknya hanya usikan manja untuk Fatin. Mereka sudah kenal dari zaman Diploma. Aa'isya. Gadis tegas namun mudah mengikut kata. Sering setia mendengar ceritanya hari hari. Fatin makin resah apabila Aa'isya diam. Fikiran melayang seolah hanyut dalam dunianya.

"Esyaa, dengar tak apa Fatin tanya ni? Esya okay tak?" Tangannya meliar ke dahi Aa'isya. Panas!
"Allah, awak demam ni Esya.. Itulah. Ni mesti main hujan ni"

Hatinya diserbu risau. Sahabatnya lemah dimata, kini lemah pula fizikalnya. Makin berkerut wajah Fatin menahan risau.

"Esya okay sayang.. Doakan Esya ya. Kita kan nak final exam. Allah itu Maha Penyayang. Allah Maha Pengampun. Maha Mendengar. Dia sangat sayang hamba hambaNya. Allah ada dengan Esya, Fatin.. Jangan risau...."

Pujuk Aa'isya. Genggaman tangan Fatin dikuatkan. Tanda dia benar maksudkan apa yang diluahkan. Seulas senyum dibibir, untuk menutup kegoyahan hati yang cuma Allah sahaja maha tahu.

Dia perlu kuat. Rawan di hati tak patut diturutkan. Allah menguji. Berbalik pada Allah. Itulah jalan terbaik..

"Awak, kejap. Orang ambik panadol. Kejap tau." Fatin bergegas ke almari menyelongkar panadol yang disimpan.

Aa'isya berjalan perlahan ke bilik air membasahkan badan dengan air wuduk. Dia berkira untuk menyambung ulang kaji. Slide International Business ditenung dan dicapai.

"Ni awak, air suam dengan panadol. Makan pastu kejap lagi pakai stoking, tau" Fatin memberi penerangan.
hatinya terhibur dengan keletah sahabatnya yang sangat pengasih dan mengambil berat tentang kondisinya. Alhamdulillah untuk nikmat sahabat baik ini..


Ujian untuknya ketika diserbu rasa sedih dan kehilangan. Rasa nikmat ketika masih dihadirkan insan yang masih sayang dan terus memberikan perhatian.

Allah, jadikanlah aku mensyukuri nikmat sahabat ini dengan sebenar benar rasa bahagia.
Melebihi rasa yang lain..

Friday, December 5, 2014

Tunjukkan jalan

Tuhan,

Aku hambamu yg lemah
aku sesat tanpa petunjukMu
aku hilang tanpa hidayahMu
aku lemah tanpa kekuatanMu
aku tiada apa apa selain keizinanMu

tiada yang berlaku di atas bumi ini
dalam hidup ini
dan lorong takdirku ini
tanpa keizinan dariMu wahai Khaliqku.

Terima kasih atas nasihatmu
jika dirimu yakin apa yg dilakukan hamba ini salah
sudikah dirimu mendoakan aku?

Ya Allah
tunjukkanlah yang benar itu benar
dan izinkanlah aku mendekatinya
dan tunjukkanlah yang salah itu salah
dan izinkanlah aku menjauhinya.

semoga semuanya berjalan dengan baik

jika fitnah itu fitnah
izinkanlah ia dibersihkan

dan jika yang benar itu dianggap salah
izinkanlah kami memperbetulkannya.

Tuesday, June 24, 2014

Gagah.

Nampak macam gagah.
tapi hakikat dalamannya lemah

tak mengapa
biar manusia tak tahu waktu
bila kau rebah.

cuma akan ada
satu jiwa manusia

yang dapat rasa
ada airmata yang tumpah

dan dia terus seka,
tanpa banyak perintah

Gagah lemah, 2014

Bahasa.

Ada perkara,
perlu diterangkan, bait kata, bukti
baru difahami

ada perkara,
cukup dengan satu isyarat
cukup untuk difahami

ada perkara,
tidak lansung difahami
walau berkali-kali
petunjuk diberi

ada juga perkara
sengaja di-tuli
sengaja di-salah erti
sengaja di-lari

perkara ini
bahasa hati
diterjemah melalui hati
untuk disampaikan kepada
hati yang satu lagi
mungkin difahami oleh yang
jua yg cuba utk memahami

asal kau tahu
kefahaman ini hanya utk
pemikir hati
pemikir bahasa seni.

ya.
bahasa hati.

Faham Hati, 2014

Friday, June 6, 2014

Perempuan.

Bila..
Terlalu banyak sangat yg dipendam.
terlalu lama sangat di-pekasam.
terlalu lama mendiam

keputusannya,

cuma airmata yg mengalir
bila hilang lansung kata-kata dari ulas bibir utk berkata
biarlah airmata yg berbicara

seringkali
hati ingin berbagi rasa di jiwa
namun penat memikir siapa yg boleh dicurahkan rasa jiwa
puas dihitung dia atau dia

namun tiada
namun keputusanya tetap sama
ada atau tiada
sama sahaja

tetap sahaja
menangis mengadu
di tikar sejadah
yang membisu tanpa kata
yang ada Dia yang memahami dalam senyap diam

*airmata jatuh lagi*

cuma didoakan
biar dihantar oleh Dia pengubat duka
halal utk aku ceritakan semuanya
tanpa dalam keadaan rasa dosa
tanpa dalam keadaan terpaksa

kawan
dia ada, tapi tak mungkin dia mampu bersama menangis bersama

alahai duhai hati perempuan
apa yang kau inginkan sebenarnya
janganlah begini
janganlah bersedih
janganlah menangis

larilah jauh-jauh dari mereka
takut-takut terlihat air masin di kelopak matamu itu

ya aku faham
tapi mereka?
tak mungkin mereka dapat terima

hati. kuatlah !

sobs.

*tutup muka dengan bantal*

Sunday, July 28, 2013

Ya Rabb ; Permohonan Hamba

Allah Tuhanku,

Andai minatku yang aku miliki menjauhkan aku dari diriMu
dan mengundang kemurkaanMu,
Maka jauhkanlah aku daripadanya.
Dunia ini sementara sedangkan keredhaanMu segalanya.

Ya Allah,
Andai ada seorang anak Adam datang mengintai hatiku dan
mengetuk hati wanita ini,
melalaikan aku dari mengingatiMu
sebagai Cinta Pertama,
maka jauhilah aku daripadanya.
Sesungguhnya, cinta suciku adalah buatMu
sedangkan cinta hingga syurgaMu adalah buat suamiku..

Allahurabbi, pemilik nyawa dan jasadku ini.
Usah biarkan aku tenggelam lagi dengan indahnya dunia ini.
Kerana manisnya menipu, indahnya sementara.

Namun, sebaliknya..
Syurga itu ternyata benar dan lebih indah
harum dan mengasyikkan.

Sedangkan, hukuman akibat melanggar perintahMu
sangatlah dasyat.
Sakitnya pasti kita tak akan sabar.

Azabnya benar dan neraka itulah seburuk-buruk tempat kembali..

Peliharalah aku dari pautan dunia
Pimpinlah aku menuju jalan akhirat yang kekal selamanya..

Izinkan aku untuk terus memaut cintaMu
Memeluk kasihMu
Menggapai redhaMu
Wahai pemilik jiwa dan jasadku.
Ya Rabbul Izzati ..

Monday, January 28, 2013

Wanita, semahal auratmu.

Assalamualaikum, hai semua. Haiii *lambai2 tangan*

Hehe, tetiba rasa awkward lak ai. Okay jgn garu2 kepala yg tak gatal tu. Let's baca sekali lagi peringatan mengenai aurat yg selalunya kaum perempuan malas nak ambil tau. Why? Tepuk minda tepuk hati. Yeah, minda yg menjawab, hati yg memahami.
Em, for the first entry for the real real entry ever. Aku nak sentuh hal berkaitan dgn kaum aku sendiri. Hal yg tak jemu dinasihati oleh semua orang dari kita kecil sampai la kita besar. Yes Aurat. 

Okay nampak tak aku boldkan perkataan Aurat tu. Yeah highlight besar-besar. Hehehe. Sebab nak tunjukkan yg aurat ni ekceli salah satu dari perkara penting yg kita kena titik beratkan setelah solat.

Bukan senang kan nak jaga aurat ni, tambah-tambah lagi perempuan. Yer, aku tahu. Tapi itu tak boleh jadi alasan untuk kita tak menutup aurat dgn sepenuhnya sayang. Why? Sebab seruan untuk menutup aurat bagi kaum perempuan ini dah lama dah sampai, hatta dalam Al-Quran dah terang terangan dah cakap yg menutup aurat dgn sempurna tu sangatlah penting. Tak percaya?


Kewajipan menutup aurat telah disebut oleh Allah Ta’ala di dalam al-Quran di beberapa tempat. Antaranya, Allah Ta’ala berfirman :
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, danjanganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanyaDan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)


Fuh, bukan senang tau nak pujuk nak nasihat kawan2 sendiri tentang aurat dan pentingnya kaum hawa ni perlu pakai tudung. Ada je alasan dorang. Bukan tugas kita untuk buka hati mereka supaya dapat tutup aurat dgn sempurna. Tapi adalah menjadi tugas kita untuk terus menasihati dan memujuk agar kembali patuh kepada suruhan dan arahan daripada Allah S.W.T. Kita hidup tak lama, sama-sama la menasihati kan? *muka comel*

Selalu kita lihat orang pakai baju tangan pendek kat dalam, pakai cardigan kat luar.
Boleh! Tapi... cardigan tu mesti labuh tutup sampai paha, sebab tak dijamin yg bawah punggung tu boleh tutup selalu, mesti terbang beralun jugak.

Pakai baju tshirt tangan panjang dan tudung bawal.
Boleh! Tapi.. tshirt mesti kena labuh sampai paha jugak,
Tudung bawal, usually jarang kan? labuhkan dan pakai la tudung2 kecil yg tebal kat dalam.
Nak buat mcm mane sebab tudung bawal selalunya jadi kalau pakai kan? hee

Pakai baju kurung dan pakai selendang.
Boleh! Tapi.. baju kurung tak payah buat shape, outer, modern cut, ade body cut.
Yang tu boleh jadi baju kurung yg menutup aurat kembali jadi bukan baju yg menutup aurat sbb nampak jugak susuk tubuh.
Selendang, boleh pakai, tapi .. jangan pakai yg jarang, kecik, dan selempang ke atas bahu.
Sebab.. nanti akan mendedahkan bahagian dada yg kita nak lindung dan tutup.

:)





Sunday, January 13, 2013

Lama tak lawat blog, kau sihat ke blog?



Assalamualaikum.

Lama tak taip. Eh tak, bukan bukan. Means aku, lama tak taip kat blog. Eheheheh. Selama ni banyak tulis dekat Ms Word je, kat facebook and twitter. Dengan itu, blog ni mcm dah jadi anak tiri belah ayah yg dah lama tak diberi nafkah zahir. Heh, ape aku ngarut ni? Ya, macam tu lah :)


Well, mesti pelik kan tengok post yg dah banyak kena pangkah, ronyok2 then pheww, aku buang teros ke dalam tong sampah. Baik, itu sebab bila tengok balik post2 lama, mak aih, nak termuntah kuning hijau pon ada, malu geli *lebih jelas ye maknanya. Sebab tulisan aku dan penyampaian aku tersangatlah kebudak budakan time tu. Amboi shira, hang ingat hang bagus, hang ingat hang matang sangat dah la skrg ni ? Bukan bermaksud skrg ni aku matang sangat dah. tak tak tak.

Ekceli, dulu penulisan kita, cara berfikir kita pun lain selari dgn apa yg kita lalui time tu, cara kita bergaul n terikut2 cara mesej kita yg ala2 bahasa rojak buah yg RM1 tu.
Ha, yang tu lah *merapu

Erm, and yes.
After aku go through byk dugaan and putus cinta*padan muka hang
Aku jadi lagi ada akal kot, erh maksud aku, disitu baru kita sedar yg cinta manusia tambah2 cinta sebelum kahwin ni sebenarnya takda apa2 pun selain cinta semata2, takda pengisian,
Allah pun tak redha, kita je yg seronok, pastu sedih, kecewa pastu suka balik, then last2, putus.
Rugi kan? Nanti lah bercinta, tu pun kalau ada jodoh.

Dekatkan diri dgn Allah dan tambah lagi ilmu skrg ni,
Tak pandai buat cara tak pandai, pergi belajar shira oi.
Yer, mcm tu lah yg aku tengah buat skrg,
Aku cuma nak tarik orang utk lebih menyayangi Allah SWT dari bermati matian, merindui insan yg tak pasti buat kita. :') Yer sayang, memang susah utk kita berubah, tapi perlahan lahan. Aku akan membantumu. Kita berjihad di jalan ALLAH yer sayang. Genggam tanganku, dan pimpinlah aku ke Jannatul Firdausi, semoga kita ada tempat disana. Aku ingin pergi bersama2, denganmu Muslim. :')

Salam sayang, Shira :)

Monday, May 7, 2012

jenis perempuan :)

woip sume sume yg membaca. walaupon korg membaca dalam keadaan terpaksa pon, terima kasih diucapkan beribu2 sangat lah ribu! *tunduk2 hormat dan salam tangan sekali .

disini aku nak ceritakan jenis2 perempuan yg ada dlm dunia ni, jenis2 ppuan yg korang slalu nampak disekeliling korang.
hmm,

Spesies yang pertama , adalah perempuan manja.
-walaupon lelaki slalu kata dorg ni tak suka perempuan perempuan yg kebudak budakan sperti ini, tapi sbenarnya semua lelaki suka bila perempuan manja dengan dorg, dorg rasa gagah dan perkasa. cuma dorg tak nk mengaku jer sebab dorg malu nak admit dorg mudah tergoda dengan spesies seperti ni. :D

then...

spesies kedua - adalah spesies kewanitaan
spesies in pandai memasak, menjahit, berbudi bahasa, sopan santun, dan sebagainya.  Spesies ni selalu menjadi rebutan orang lelaki sebab mereka ni lambang stability dan boleh jaga suami.

spesies ketiga - adalah wanita independent.
perempuan jenis ni ada karier sendiri dan boleh jaga diri sendiri.  zaman ni ramai yang suka perempuan jenis macam ni sebab mereka boleh jaga diri sendiri.


anywayy.....

golongan seterusnya adalah golongan wanita wanita sporty.. one of the guys .

mereka ni disenangi oleh orang lelaki sebab dorg menonton bola, bercakap pasal gajet, dan boleh namakan lima syarikat pengeluar tayar kereta yg berbeza.

and then,,, the people like me,

perempuan yang lelaki cari bila mereka ada masalah , yang lelaki cari bila mereka perlu suara perempuan untuk mendengar masalah mereka. perempuan macam aku ni lelaki tak boleh kategorikan dalam mana2 bahagian.

sebab,,, perempuan macam aku mungkin boleh mmasak tapi taklah sesedap mana.
mungkin boleh berbincang tentang politik tapi tak akan join dorg berborak di kedai kopi
mungkin manja tapi taklah tunjuk pada semua orang, orang tertentu jer,
mungkin independent tapi bukanlah seorang wanita berjaya
mungkin nampak mcam sesuai dijadikan isteri tapi tak ada lelaki yg berani hampiri aku disebabkan aku tahu banyak msalah dan kelemahan mereka kerana aku mereka cari bila mereka ada masalah

perempuan macam aku mungkin tak idealistik dan tak juga realistik.

i'm just be me. berpuas hati dengan seadanya...

huh ayat aku malam ni, tah ape2 .

kbai aku nak makan.
adik aku yang bising2 nak main bola dalam umah dah tido
adik aku yang satu lagi yang berebut laptop nak main angry bird pon dah tdo
so time aku pulak untuk ambil smua ruang yang ada
hahahhahahhhahahah ! kejam kan aku? haha, okay fine aku melalut dah,

babaiii :)

Pengalaman bersalin normal waktu PKP 2021 (PART 2)

 PART 2 "Okay now kita nak keluarkan baby. Tapi kita perlukan awak punya semangat untuk push dia keluar. Okay?" kata doktor india ...