Friday, December 26, 2014

Nikmat dan Ujian

"Aa'isya, tengok ni. Orang baru beli baju. Bangunlah tengok.."

Fatin duduk ditepi katil sahabatnya. Digoyang goyang bahu sahabatnya yang baring membelakangi.

Lamunannya tersentak saat terasa bahunya disentuh. Hilang semua kenangan berterbangan pergi. Perlahan Aa'isya menyeka air di hujung kelopak mata dengan hujung jari yang sedari tadi hangat menitis.

Lama dia memejamkan mata. Mengambil nafas semula, sebelum dia bangun dengan wajah ceria mengadap sahabatnya, Fatin, fatin..

"Yer fatinku sayang, baju ape tu. Meh nak tengok." Senyumnya manis memandang sahabatnya itu. Dilihat dengan penuh pandangan kasih. Tersengih Fatin lalu menggayakan baju yang dibelinya di Aeon Big petang tadi di hadapan Aa'isya.

"Cantiknya, macam princess. Baju ni comel. Pink. Esya suka.."
Pujinya bagi menyenangkan hati sahabat. Makin bertambah senyum di bibir Fatin.

"Eh, Esya.. Awak okay tak ni? Kenapa mata bengkak.."
Soal Fatin kaget saat dia tersedar yang Esya seolah mengelak untuk bertentang mata dengannya.

Lantas Fatin duduk di sebelah Aa'isya dan menggenggam erat tangan sahabatnya. Wajahnya penuh tanda tanya.
Jarang dilihat wajah ceria itu seolah menyimpan seribu tangis. Tapi kenapa?

Aa'isya seorang gadis periang. Dia mudah merajuk, namun rajuknya hanya usikan manja untuk Fatin. Mereka sudah kenal dari zaman Diploma. Aa'isya. Gadis tegas namun mudah mengikut kata. Sering setia mendengar ceritanya hari hari. Fatin makin resah apabila Aa'isya diam. Fikiran melayang seolah hanyut dalam dunianya.

"Esyaa, dengar tak apa Fatin tanya ni? Esya okay tak?" Tangannya meliar ke dahi Aa'isya. Panas!
"Allah, awak demam ni Esya.. Itulah. Ni mesti main hujan ni"

Hatinya diserbu risau. Sahabatnya lemah dimata, kini lemah pula fizikalnya. Makin berkerut wajah Fatin menahan risau.

"Esya okay sayang.. Doakan Esya ya. Kita kan nak final exam. Allah itu Maha Penyayang. Allah Maha Pengampun. Maha Mendengar. Dia sangat sayang hamba hambaNya. Allah ada dengan Esya, Fatin.. Jangan risau...."

Pujuk Aa'isya. Genggaman tangan Fatin dikuatkan. Tanda dia benar maksudkan apa yang diluahkan. Seulas senyum dibibir, untuk menutup kegoyahan hati yang cuma Allah sahaja maha tahu.

Dia perlu kuat. Rawan di hati tak patut diturutkan. Allah menguji. Berbalik pada Allah. Itulah jalan terbaik..

"Awak, kejap. Orang ambik panadol. Kejap tau." Fatin bergegas ke almari menyelongkar panadol yang disimpan.

Aa'isya berjalan perlahan ke bilik air membasahkan badan dengan air wuduk. Dia berkira untuk menyambung ulang kaji. Slide International Business ditenung dan dicapai.

"Ni awak, air suam dengan panadol. Makan pastu kejap lagi pakai stoking, tau" Fatin memberi penerangan.
hatinya terhibur dengan keletah sahabatnya yang sangat pengasih dan mengambil berat tentang kondisinya. Alhamdulillah untuk nikmat sahabat baik ini..


Ujian untuknya ketika diserbu rasa sedih dan kehilangan. Rasa nikmat ketika masih dihadirkan insan yang masih sayang dan terus memberikan perhatian.

Allah, jadikanlah aku mensyukuri nikmat sahabat ini dengan sebenar benar rasa bahagia.
Melebihi rasa yang lain..

No comments:

Pengalaman bersalin normal waktu PKP 2021 (PART 2)

 PART 2 "Okay now kita nak keluarkan baby. Tapi kita perlukan awak punya semangat untuk push dia keluar. Okay?" kata doktor india ...