Saturday, October 10, 2015

TIADA HENTI, DIA.

Satu petang
.
Aku dikejut kan dengan --
.
1 kotak di isi kek secret recipe
1 dompet berwarna merah jambu kegilaan hati
&
1 kuntum bunga mawar .
Gila.
.
Bersungguh benar dia datang demi serah hadiah hari jadi. walau awal sehari. .
.
.
sejak 3 bulan yang lalu lagi dia menanti. demi 5 oktober sang gadis ini.
.
manusia apa lah sang pemberi ini.
.
tak tahu erti 'berhenti'.
.
dimarahi. dikasari. diberi amaran berkali kali.
.
sungguh orang sebegini taktahu erti berhenti atau menyerah diri.
.
sedang aku berkata, aku telah ada pilihan jiwa.
.
di tetap dengan azam pertama.
aku akan tetap berusaha.
.
sedang aku tunjuk keburukan diri sampai orang lain menyampah gila.
.
dia rasa rare sebab tak semua sanggup tunjuk sisi buruk pada dunia.
.
.
.
manusia apa dia?
hati macam mana dia?
20 mesej dihantar dia, 1 pun belum tentu aku balas semula.
.
.
kalau aku jadi dia. dah lama aku angkat kaki cari perempuan solehah kat luar sana.
.
.
.
.
aku selalu kata. aku takmau sapa sapa. tambah lagi bercinta. aku takmau berlibat dengan masa lama.
.
.
dia kata. sapa nak bercinta? aku kawan hang ja. tapi aku tetap nak berusaha. kan Allah kata sapa yg berusaha dia akan berjaya?
.
.
.
pening aku dengan manusia. apa dia tak tahu penat ka?




=========================



Tersedar,

Diatas adalah entry yang aku telah tulis 10 Oktober 2015 , 5.43 pagi.
5 hari lepas hari jadi aku.
yang tersimpan rapi dalam draft blog ini.

Apakah aku lupa ?
Siapa dia dulu pada aku ?

Ya, dia sekadar kawan biasa .
Biasa sehingga aku tak pernah lihat sisi baiknya
sisi bersungguhnya dia,
sisi keanak anakannya yang sebenarnya itulah menyempurnakan aku.

Dulu,
Ya, aku benar mahukan lelaki yang matang dan agak berumur dari umur aku.
Hingga Tuhan temukan aku dengan orang yg bertentangan dengan apa yang aku mahukan

Rupanya dialah,
Jodoh yang Allah tentukan.
Berjuta tahun dulu sebelum wujudnya semua ini.

Nama dia sebenarnya telah ada dengan nama aku,
Di Lohmahfuz.



Tuesday, July 7, 2015

Lepaskan..

Aku fikir merekalah kebahagiaan pada awalnya
aku lupa, mereka punya kebahagiaan sendiri tanpa perlu aku didalamnya


aku perlu maafkan mereka,
supaya tiada lagi pisau kaca yang bisa lukakan rabak koyak yang sedia berdarah
aku perlu maafkan mereka,
lupakan agar tiada lagi tanda tanda ini


berhentilah mengalir wahai air di mata..


=========================================

Ini entry yang ditaip dengan airmata deras dipipi,
1.02 pagi , 7 Julai 2015 .

Kenapa aku perlu post semula ?
Entah,

Serasa aku perlu meluahkannya dan biar ia tertulis.
Agar bukan aku simpan dan masih luka.

Hidup dengan kawan kawan dan kisah aku takkan pernah serupa dengan
mereka yang lain bersenda tawa dengan kawan perempuan lain.

Hidup degree , kawan dan kisah lainnya
tak seindah biasa ..

Monday, May 11, 2015

Senyum Sunyi .

Perempuan,
dalam daerah paling dalam
kau bersembunyi kau juga diam
melarikan diri dari penduduk alam
kau duduk terhenyak terbaring memandang malam

merenung menanti disatu ruang silam
sambil tersenyum menyeka airmata semalam
sambil tergelak dibibit mesra yang tersulam
akhirnya tertidur dalam kerinduan yang dalam

di satu sudut hujung kotak terdalam
kau mengira detik detik yang pernah kau idam
kau lukiskan cinta dan memori di kanvas alam
lalu malam adalah saat yang selalu kau idam
di pekat malam bintang dan sinaran malam
lalu memori tadi menjadi sangat terang

di saat satu tangan menanti untuk disambut digenggam
kau masih menanti bintang semalam
kau masih melukis hujan hujan semalam
bersama sejuk yang kau selalu ungkap
disitulah bisikan sang hujan akan berkata
ada ucapan dari sang kejauhan sana
jawablah erti ini dalam bentuk rasa


-SyahiraNur.

Thursday, April 23, 2015

Feedback.

Bertemu dengan bermacam ragam manusia dan kisah yang kadang buat aku terpana bila terdengar, personaliti yang buat aku terfikir lama, mungkin sebab betapa telitinya dia mengatur barang secara konsisten dalam almari loker atau betapa anehnya seseorang itu boleh bergelak dengan kita seminit lepas dan panas baran hempas buku hempas pintu saat seminit lepas itu. Aku tertawa sendirian bila terfikir.
Yelah, kadang kita pun sama. Emosi naik turun dengan lajunya. Aku suka memerhati sifat dan perangai manusia. Ada yang mudah untuk kita faham dan mudah juga utk kita bergaul. Jenis aku suka bertegur dulu. Aku yang akan start bercerita atau bertanya apa apa. So, for those yang tak biasa, mesti dorang aneh. Pehal dia ni tetiba ajak sembang dengan aku. Hahah! Tak yah aneh sangat, sebab kita diciptakan untuk berkenalan dan bersilaturahim. Atas nama Allah, kita takleh bersikap nafsi-nafsi sangat. Kenss.. So, disebabkan aku selalu jugak buat masalah in term of perangai aneh such as fikir yang bukan2, rendah diri yang melampau kadang2 yg tak masuk akal. Haha itu sadis. Emosi kadang yg orang pening dan perangai aneh yang lain, aku jugak suka tengok perangai orang lain. Makanya dah menjadi hobi aku untuk mendapatkan feedback yang tulus lagi telus daripada kawan2 yg terdekat dengan aku. Pebenda yg dorang nampak pada aku.  Kita ni kadang rasa diri kita mcm gadis melayu kedah pahang yang dicari cari dah, padahal diri kasar tak ingat. Ada sisi yang kita tak nampak, tapi orang lain nampak. So antaranya respond yang dorang bagi ialah..


 “Kau okay. Kau jenis berani cakap kat depan if ada presentation or apa2 soalan kau nak tanya. Kadang tu macam lost information sikit, blur *itu aku mengaku* . Itulah, yang nampak kau jenis berani. Kau ramah dengan orang. Senang bergaul.” –Ida, housemate dip dan degree.

“Akak tengok kau okay, Cuma kadang tu kelam kabut sikit. Syira takut ape kat akak? Kalau syira nak buat apa yg syira suka, just buat. Jangan fikir orang suka ke tak. Sbb itu diri kita.” –Kak rem, housemate dip dan degree.

“Bagi wana, syira okay. Mudah bergaul. Awal awal tu tak berani nak sembang banyak. Takut syira ni tudung labuhkan orang diam2 alim tak banyak cakap. Rupanya kenal, banyak cakap. So far okay. Syira kadang mcm kelam kabut sikit. Paling nampak, syira ni mudah kesian kt orang. “-Wana, roomate degree.

“Pada aku kau seorang yg suka merepek. Otak kau, sangat abstrak. Kau cakap orang rimas bila kau suka tanya2 macam2 benda, tapi remember what I’ve said, you yourself no one will be you. Dalam dunia ni, ada satu je syira. Yes syira yg suka tanya, syira yg pelupa. And that doesn’t mean u’re bad. Maybe tu kekurangan kau, dan perlu diatasi slow2. Ko adalah kawan aku yang paling sporting dan potpet2 pernah aku dapat. Kau gadis yg manis yg kuat, kadang2 lemah. Perlukan org support kau. Tapi jangan risau, nanti akan ada orang yg akan terima kau, selekeh kau, sepet kau, dia akan terima dengan senyuman. But after all, aku kagum dengan kau.“ –Ell, kawan lama.

“Kau kuat syira, even dari awal kau tak berhijrah sampai kau macam sekarang. Kau kuat. Sebab kau buat semuanya sendiri. Takde orang tolong. Hadapi kata2 orang lagi. Kau bukan ada kawan bertudung labuh pun disekeliling. Dari awal aku kenal kau tak berpurdah. Kau bukan mcm ni. Kalau aku nak jadi kau, aku tak tahu aku mampu ke tak. Doakan aku jugak. “-Azrul, classmate dip.

“Pada in, syira ni jenis orang yg peramah. Seorang yg pemalu. Tahu jaga batas2. Baik, suka tolong orang. Pandai kawal diri bila duduk dgn orang yg berbeza2. Syira dalam diam banyak idea dlm otak tu Cuma syira tak bentangkan secara terang terangan pd orang. Jenis mudah untuk berurusan dan memahami. Yang paling penting, syira macam dapat baca apa yang orang lain tengah rasa.” -Ketua Exco Kerohanian.


Saturday, January 24, 2015

Nota dari Sahabat

Tengahari itu, sewaktu aku berkejar kejaran untuk pulang ke rumah. Barang telah diturunkan. Aku bergegas naik ke tingkat  9 semula cuma dengan menaiki tangga kerana lif yang penuh dengan barang pelajar yang ingin pulang.

Aku berada di muka pintu, menunggu ahli rumah untuk aku bersalam untuk kali terakhir. Aku lihat kelibatmu, aku memanggil manggilmu. Namun, dikau sedang sibuk di telefon. Aku mengerti. Tidak bercakap panjang, aku bersalam dan kau terus memberitahu tentang nota di laptop aku. Nota dari kau kepada aku..

Malam itu, sampainya di rumah. Aku tidak sabar untuk membaca nota darimu. Laptop dibuka, sticky notes di desktop ditenung satu satu.. Lalu mataku tertancap pada satu nota darimu..

"khas untuk princess nur ku sayang
maafkan diri ni tidak dapat menjadi sahabat yang sempurna, yang baik buatmu..
sering kali, tiap masa, serba salah menyelubungi diri.. kerana engkau cukup baik untukku..
itu laa sebabnyaa aku sering meminta maaf berulang kali.. 
maafkan aku sahabat.. 
wahai sahabatku sayang..
engkau suka bertanya "adakah engkau wanita yang baik??"
Allah sungguh ketahuilah aku tidak tahu apa yang perlu ku jawab..kerana engkau cukup baik wahai syahira ku sayang..maaf sebab sering membuat mu menunggu tentang jawapan.. aku serba salah,. kerana pernah aku bertanya padamu soalan yang sama.. dan engkau menjawab sesuatu yang benar-benar mengembirakan hatiku.. alhamdulillah.. oleh itu,,, syahira ku sayang
maafkan diri ini kerana aku  tidak sepuitis dirimu.. tdak mmpu memberikan jawapan sebaik mu..
tapi ketahuilaa
engkau teramatlaa baik, dan penyabar, engkau teramat baikk aiyra.. engkau sahabat yang pling penyantun pernah ku jumpaa.. engkau sahabat yang sayang akan sahabatnyaa. 
yang sering membuat aku tersenyum kala aku berduka.. paling aku suka akan dirimu ialah engkau rela untuk berkorban demi mencari keredhaan Allah dan merapatkan silaturrahim sesama manusia, .. :)maafkan diri ini sering bersangka buruk pada dirimu..
syahira igt tak pernah aku bertegas supaya perilaku mu tidak perlu engkau ubah.. 
yaa mmg tidak diubah.. cuma sesuai kan lah dengan situasi.. :)
sungguh wahai syahira aku sebak saat engkau pergi..
sungguh aku benci dengan perpisahan..
manfaatkanlah cutimu.. igt aku dalam doamu.."


dan, aku menangis........

Tuesday, December 30, 2014

Dengarkan aku, Allah.

Tuhan,
maaf untuk segala ketidak-upayaanku
ketidak-sempurnaanku
kekhilafanku

lantas aku
melakukan sesuatu 
yang mendekati murkaMu
menyakiti hatiku
memberati pundak hambaMu yang lain

.....

Bukan Kau tidak tahu
apa yang aku laku

Bukan Kau tak tahu
apa yang aku pinta

Bukan Kau tidak nampak
segalanya yang telah tersusun di-sini

Kau bahkan tahu segala
Maka, Kau pujuk
pujuk aku dengan 
ayat ayat cinta
kalam keramat penuh indah

Kau berkata lagi,
"Jadikanlah sabar dan solat itu sebagai penolongmu"

Aku sabar. 
Mungkin salah aku. Semua ini.

Mengejar dan tercari cari
sedang cintaMu, 
aku tak amati sehebat ini.

Maafkan aku
Rabbi....
Maafkan aku
insani....

Friday, December 26, 2014

Nikmat dan Ujian

"Aa'isya, tengok ni. Orang baru beli baju. Bangunlah tengok.."

Fatin duduk ditepi katil sahabatnya. Digoyang goyang bahu sahabatnya yang baring membelakangi.

Lamunannya tersentak saat terasa bahunya disentuh. Hilang semua kenangan berterbangan pergi. Perlahan Aa'isya menyeka air di hujung kelopak mata dengan hujung jari yang sedari tadi hangat menitis.

Lama dia memejamkan mata. Mengambil nafas semula, sebelum dia bangun dengan wajah ceria mengadap sahabatnya, Fatin, fatin..

"Yer fatinku sayang, baju ape tu. Meh nak tengok." Senyumnya manis memandang sahabatnya itu. Dilihat dengan penuh pandangan kasih. Tersengih Fatin lalu menggayakan baju yang dibelinya di Aeon Big petang tadi di hadapan Aa'isya.

"Cantiknya, macam princess. Baju ni comel. Pink. Esya suka.."
Pujinya bagi menyenangkan hati sahabat. Makin bertambah senyum di bibir Fatin.

"Eh, Esya.. Awak okay tak ni? Kenapa mata bengkak.."
Soal Fatin kaget saat dia tersedar yang Esya seolah mengelak untuk bertentang mata dengannya.

Lantas Fatin duduk di sebelah Aa'isya dan menggenggam erat tangan sahabatnya. Wajahnya penuh tanda tanya.
Jarang dilihat wajah ceria itu seolah menyimpan seribu tangis. Tapi kenapa?

Aa'isya seorang gadis periang. Dia mudah merajuk, namun rajuknya hanya usikan manja untuk Fatin. Mereka sudah kenal dari zaman Diploma. Aa'isya. Gadis tegas namun mudah mengikut kata. Sering setia mendengar ceritanya hari hari. Fatin makin resah apabila Aa'isya diam. Fikiran melayang seolah hanyut dalam dunianya.

"Esyaa, dengar tak apa Fatin tanya ni? Esya okay tak?" Tangannya meliar ke dahi Aa'isya. Panas!
"Allah, awak demam ni Esya.. Itulah. Ni mesti main hujan ni"

Hatinya diserbu risau. Sahabatnya lemah dimata, kini lemah pula fizikalnya. Makin berkerut wajah Fatin menahan risau.

"Esya okay sayang.. Doakan Esya ya. Kita kan nak final exam. Allah itu Maha Penyayang. Allah Maha Pengampun. Maha Mendengar. Dia sangat sayang hamba hambaNya. Allah ada dengan Esya, Fatin.. Jangan risau...."

Pujuk Aa'isya. Genggaman tangan Fatin dikuatkan. Tanda dia benar maksudkan apa yang diluahkan. Seulas senyum dibibir, untuk menutup kegoyahan hati yang cuma Allah sahaja maha tahu.

Dia perlu kuat. Rawan di hati tak patut diturutkan. Allah menguji. Berbalik pada Allah. Itulah jalan terbaik..

"Awak, kejap. Orang ambik panadol. Kejap tau." Fatin bergegas ke almari menyelongkar panadol yang disimpan.

Aa'isya berjalan perlahan ke bilik air membasahkan badan dengan air wuduk. Dia berkira untuk menyambung ulang kaji. Slide International Business ditenung dan dicapai.

"Ni awak, air suam dengan panadol. Makan pastu kejap lagi pakai stoking, tau" Fatin memberi penerangan.
hatinya terhibur dengan keletah sahabatnya yang sangat pengasih dan mengambil berat tentang kondisinya. Alhamdulillah untuk nikmat sahabat baik ini..


Ujian untuknya ketika diserbu rasa sedih dan kehilangan. Rasa nikmat ketika masih dihadirkan insan yang masih sayang dan terus memberikan perhatian.

Allah, jadikanlah aku mensyukuri nikmat sahabat ini dengan sebenar benar rasa bahagia.
Melebihi rasa yang lain..

Friday, December 5, 2014

Tunjukkan jalan

Tuhan,

Aku hambamu yg lemah
aku sesat tanpa petunjukMu
aku hilang tanpa hidayahMu
aku lemah tanpa kekuatanMu
aku tiada apa apa selain keizinanMu

tiada yang berlaku di atas bumi ini
dalam hidup ini
dan lorong takdirku ini
tanpa keizinan dariMu wahai Khaliqku.

Terima kasih atas nasihatmu
jika dirimu yakin apa yg dilakukan hamba ini salah
sudikah dirimu mendoakan aku?

Ya Allah
tunjukkanlah yang benar itu benar
dan izinkanlah aku mendekatinya
dan tunjukkanlah yang salah itu salah
dan izinkanlah aku menjauhinya.

semoga semuanya berjalan dengan baik

jika fitnah itu fitnah
izinkanlah ia dibersihkan

dan jika yang benar itu dianggap salah
izinkanlah kami memperbetulkannya.

Tuesday, June 24, 2014

Gagah.

Nampak macam gagah.
tapi hakikat dalamannya lemah

tak mengapa
biar manusia tak tahu waktu
bila kau rebah.

cuma akan ada
satu jiwa manusia

yang dapat rasa
ada airmata yang tumpah

dan dia terus seka,
tanpa banyak perintah

Gagah lemah, 2014

Bahasa.

Ada perkara,
perlu diterangkan, bait kata, bukti
baru difahami

ada perkara,
cukup dengan satu isyarat
cukup untuk difahami

ada perkara,
tidak lansung difahami
walau berkali-kali
petunjuk diberi

ada juga perkara
sengaja di-tuli
sengaja di-salah erti
sengaja di-lari

perkara ini
bahasa hati
diterjemah melalui hati
untuk disampaikan kepada
hati yang satu lagi
mungkin difahami oleh yang
jua yg cuba utk memahami

asal kau tahu
kefahaman ini hanya utk
pemikir hati
pemikir bahasa seni.

ya.
bahasa hati.

Faham Hati, 2014

Friday, June 6, 2014

Perempuan.

Bila..
Terlalu banyak sangat yg dipendam.
terlalu lama sangat di-pekasam.
terlalu lama mendiam

keputusannya,

cuma airmata yg mengalir
bila hilang lansung kata-kata dari ulas bibir utk berkata
biarlah airmata yg berbicara

seringkali
hati ingin berbagi rasa di jiwa
namun penat memikir siapa yg boleh dicurahkan rasa jiwa
puas dihitung dia atau dia

namun tiada
namun keputusanya tetap sama
ada atau tiada
sama sahaja

tetap sahaja
menangis mengadu
di tikar sejadah
yang membisu tanpa kata
yang ada Dia yang memahami dalam senyap diam

*airmata jatuh lagi*

cuma didoakan
biar dihantar oleh Dia pengubat duka
halal utk aku ceritakan semuanya
tanpa dalam keadaan rasa dosa
tanpa dalam keadaan terpaksa

kawan
dia ada, tapi tak mungkin dia mampu bersama menangis bersama

alahai duhai hati perempuan
apa yang kau inginkan sebenarnya
janganlah begini
janganlah bersedih
janganlah menangis

larilah jauh-jauh dari mereka
takut-takut terlihat air masin di kelopak matamu itu

ya aku faham
tapi mereka?
tak mungkin mereka dapat terima

hati. kuatlah !

sobs.

*tutup muka dengan bantal*

Pengalaman bersalin normal waktu PKP 2021 (PART 2)

 PART 2 "Okay now kita nak keluarkan baby. Tapi kita perlukan awak punya semangat untuk push dia keluar. Okay?" kata doktor india ...